Skip to main content

Bola Sepak

Selangor umum ketibaan mesin gol baru dari Brazil

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mraes.jpg
Pemain kelahiran Brazil, Chrigor Moraes, diumumkan sebagai pemain import kedua Selangor bagi saingan musim 2025/26 dengan dia akan memperkuatkan jentera serangan The Red Giants.

Pemain berusia 25 tahun itu pernah beraksi bersama Buriram United musim lalu dengan dia telah mencatatkan 14 perlawanan dan menyumbang tujuh gol dalam semua kejohanan.

Malah, Moraes turut menjadi mesin gol ketika dipinjamkan ke PT Prachuap selepas menjaringkan 10 gol dan dua bantuan jaringan hanya dalam 13 perlawanan dalam Thai League 1.

Terdahulu, wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, melaporkan mengenai pemain itu yang akan memperkuatkan Selangor.





 


"Secara jujurnya saya amat teruja untuk memulakan fasa baharu ini. Beraksi di luar negara pastinya datang dengan cabaran yang tinggi, tetapi saya datang dengan hati yang terbuka dan tekad untuk berusaha keras bagi menyesuaikan diri dengan secepat mungkin.

"Dari pengalaman saya di Thailand, cara tersebut membantu saya selesa dengan budaya pasukan dengan cepat. Dalam masa yang sama, saya juga telah membuat kaji selidik berkenaan dengan kelab ini dengan menonton perlawanan, mengikuti perjalanan pasukan di media sosial, dan cuba memahami corak permainan yang digunakan. 

"Saya sedar masih banyak yang perlu saya pelajari, terutamanya dari segi bahasa, tetapi saya komited dengan apa yang mendatang. Saya akan bekerja keras untuk menjaringkan gol, dan membantu pasukan bagi mencapai sasaran musim ini." katanya.

Terdahulu, dia pernah beraksi bersama Brasil de Pelotas dan Red Bull Brasil dalam saingan Serie B Brazil, sebelum memperkuatkan Red Bull Bragantino dengan 2 gol dalam 9 penampilan dalam Serie A Brazil.

 

Advertisement

Must Watch Video