Skip to main content

Bola Sepak

Selangor tetap Selangor -- Durakovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mehmetselangor1.jpg
Pengendali Perak, Mehmet Durakovic, tetap memandang serius pertembungan anak buahnya dengan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Lumut, esok.

"Semua orang tahu tentang hubungan dan kejayaan saya ketika membimbing Selangor. Kali ini biarlah sejarah itu berulang bersama Perak," jelas Durakovic.

Jurulatih itu juga berpendapat Selangor tetap pasukan yang istimewa dalam kancah Liga Malaysia walaupun kebelakangan ini The Red Giants dihimpit sedikit masalah.

"Selangor tetap Selangor. Tidak kira apa yang berlaku. Mereka pasukan besar yang mempunyai rentetan sejarah dalam bolasepak Malaysia. Falsafah pasukan mereka tinggi. Saya kenal mereka. Tambah pula, kini mereka dikuatkan oleh beberapa pemain utama yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

"Namun, kini saya bersama Perak. Pasukan ini juga mempunyai sejarah menarik dan sudah bersedia untuk mencipta sesuatu musim ini. Saya tidak sabar melakar kejayaan bersama Perak. Saya tahu ini tidak mudah tapi berdasarkan perkembangan terkini pasukan, Perak mampu mengalahkan Selangor di halaman sendiri."

Dalam masa sama, Durakovic berharap pemain-pemain utamanya seperti Nasir Basharuddin, Leandro Dos Santos dan Brendan Gan dapat diturunkan dalam perlawanan esok.

"Seperti ada tanda-tanda positif pemain ini boleh diturunkan esok, namun perlu tunggu dan lihat," ujarnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video