Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Selangor tetap mahu hantar pasukan ke Liga Singapura

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dr-johan-selangor.jpg
Selangor mengekalkan perancangan untuk menghantar satu pasukan beraksi dalam Liga Singapura musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon, berkata ada cara tertentu untuk mendapatkan tempat dalam Liga Singapura tanpa perlu melalui kelulusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), iaitu dengan mewujudkan sebuah anak syarikat yang berpengkalan dan beroperasi di negara itu

Dalam masa sama, akan ada satu pasukan Selangor akan beraksi di pentas Liga A1 Semi Pro musim depan.

"Kami tidak berhubung dengan AFC, kami telah maklumkan kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) tentang hasrat kami," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Ia memiliki beberapa cara untuk menyertai Liga Singapura dan salah satunya adalah dengan membuka syarikat di Singapura.

"Kami mungkin akan melihat kepada pilihan itu kerana ia pernah digunakan kelab Jepun, Albirex Niigata, di mana mereka membuka syarikat dan beroperasi di Singapura.

"Jadi, ada beberapa cara untuk bermain di liga luar negara," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video