Skip to main content

Bola Sepak

Selangor terpaksa guna 'ubi muda'

sathianathan.jpg
Selangor akan mempertaruhkan 'ubi muda' di posisi pertahanan kiri apabila ketua jurulatih, B. Sathianathan, mengesahkan bahawa tiada lagi pengambilan pemain baru untuk menghadapi Liga Super bermula hujung bulan ini.

Tumpuan utama peminat skuad Gergasi Merah itu terarah kepada posisi pertahanan kiri yang tampak pincang musim lalu.

Selepas beberapa pemain ternama dicanang akan mengisi posisi itu, Sathianathan, bagaimanapun, terpaksa akur dengan pemain sedia ada.

"Ia berkaitan dengan kewangan, jadi saya perlu dengar apa yang pihak pengurusan beritahu saya.

"Saya mahukan seorang pemain tetapi kalau kedudukan kewangan itu akan menjadi masalah, saya terpaksa ikut," katanya.

Ia bermakna pertahanan kiri Selangor II, Azrin Afiq Rusmini, akan diserapkan ke skuad utama bagi menghadapi Liga Super.

Pemain skuad B-19 negara itu memaparkan aksi cemerlang dalam Piala Cabaran Asia di Shah Alam bulan lalu.

"Jangan fikir pemain di bawah umur 20 tahun ini akan terus menyertai skuad utama.

"Jika dia dipilih sekalipun, dia akan duduk di bangku pemain simpanan.

"Sebagai jurulatih, saya ada tanggungjawab yang besar.

"Jika saya beri pendedahan dan mereka tidak dapat bermain dengan baik, tahap keyakinan mereka akan menurun," tambahnya.




Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found