Skip to main content

Bola Sepak

Selangor tak rela jadi pasukan kedua sepanjang masa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-challenge-cup.jpg
"Mesti ada satu piala," itu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan pihak pengurusan Selangor ke atas ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi, bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. 

Bukan sekadar itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, turut menegaskan bahawa pihaknya mahu Kinoshi memacu skuad Gergasi Merah sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Super.

Ujar Shahril, pihak pengurusan kelab menaruh kepercayaan penuh kepada pengendali kelahiran Jepun itu bagi merealisasikan sasaran berkenaan. 




Meskipun berjaya menghadiahkan kejuaraan Challenge Cup musim lalu, Shahril menganggap ianya bukanlah kayu pengukur kepada prestasi sebenar gergasi Lembah Klang itu. 

Sejak dilantik pada November 2024, Kinoshi merekodkan tujuh kemenangan, tiga kali seri serta sekali tewas dalam saingan Liga Super.

"Sekurang-kurangnya satu piala, itu sudah pasti.

"Kami ambil jurulatih yang ada nama, bukan murah. Kalau setakat nak jadi pasukan kedua sepanjang masa, ia tidak adil buat kelab dan penyokong. 

"Sekurang-kurangnya satu piala dan jadi pencabar utama Liga Super," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Sementara itu, Shahril turut memaklumkan pihaknya masih lagi menanti kata putus daripada Persatuan Bolasepak Singapura berkenaan hasrat untuk menghantar skuad B-23 Gergasi Merah beraksi dalam Liga Perdana Singapura bermula musim depan.

Seandainya permohonan tersebut gagal, skuad muda Selangor akan kekal beraksi dalam kancah domestik kelolaan Liga Bolasepak Amatur, Liga A1.

"Ada kemungkinan akan bermain dalam Liga Singapura. Tapi bukan mudah, banyak proses dan dokumentasi yang perlu diteliti. 

"Tetapi (projek ini) belum dapat disahkan lagi. Seandainya tidak berjaya, salah satu (pilihannya adalah) bermain dalam Liga A1. 

"Orang boleh cakap Liga A1 tidak kompetitif tetapi pasukan ini (terdiri daripada) pemain muda," katanya lagi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video