Skip to main content

Bola Sepak

Selangor perjelas empat insiden semasa aksi Selangor-Negeri Sembilan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor.jpg

Selangor tampil menjelaskan empat perkara membabitkan insiden-insiden yang berlaku ketika perlawanan suku akhir Piala FA Malaysia 2025/26 berdepan Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya pada 30 Oktober lalu.

Pasukan dari Lembah Klang itu menyatakan penyokong The Red Giants yang hadir ke stadium tidak terlibat dalam insiden membakar dan melempar mercun, selain terdapat kerosakan di kawasan penyokong pasukan pelawat.

Advertisement

"Selangor FC mengambil maklum akan Terma Keputusan Jawatankuasa Tatatertib pada 15 November 2025, dan ingin memberi penjelasan kepada semua pemegang taruh bola sepak negeri Selangor berkenaan insiden-insiden yang berlaku semasa perlawanan Selangor FC menentang Negeri Sembilan FC pada 30 Oktober 2025 di Stadium MBPJ.




 

"Insiden 1: Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak terlibat dalam insiden membakar dan melempar mercun di dalam stadium.

"Insiden 2: Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak merosak atau melontarkan bangku tempat duduk yang mengakibatkan kecederaan kepada penyokong pelawat di dalam stadium semasa perlawanan berlangsung.

"Pihak kelab mendapati kerosakan dan kehilangan bangku tempat duduk adalah di kawasan penyokong pelawat sahaja.

"Insiden 3: Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa tiada tetamu berstatus VVIP Selangor FC yang melontar bekas minuman plastik ke kawasan tempat duduk keluarga pasukan pelawat.

"Insiden 4: Pihak kelab ingin menjelaskan bahawa penyokong Selangor FC tidak membuat provokasi yang mengakibatkan kekecohan di dalam stadium. Kekecohan antara penyokong di dalam stadium berpunca apabila penyokong pasukan pelawat membakar dan melempar mercun ke tempat duduk penyokong Selangor FC." jelas kelab itu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkongsikan Selangor akan menghantar rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dihukum beraksi tanpa penyokong untuk dua perlawanan membabitkan Piala FA serta dikenakan penalti RM100,000.

Selangor dirujuk kepada Tanggungjawab Bagi Kelakuan Penonton (Artikel 70, Perenggan 1 dan Perenggan 3 Kod Tatatertib FAM) dan Penganjuran Perlawanan (Artikel 68 Kod Tatatertib FAM) yang dibaca bersama Kegagalan Mematuhi (Artikel 69 Kod Tatatertib FAM) pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA bertemu Negeri Sembilan di Kelana Jaya pada Rabu, 29 Oktober lalu.

 

Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.


Grab Sekarang

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video