Skip to main content

Bola Sepak

Selangor naik ke tangga ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

60297859_2660065020732653_8521580866088992768_o.jpg
SELANGOR 3 KEDAH 1

Selangor memintas kedudukan Kedah di tangga ketiga Liga Super setelah mengatasi pasukan pelawat itu 3-1 dalam aksi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.


Kemenangan kelima daripada 13 perlawanan itu menyaksikan skuad Gergasi Merah mengumpul 21 mata, berkelebihan dua mata ke atas Kedah yang turun ke tangga keempat dengan kutipan 19 mata.

Dalam aksi di Shah Alam itu, pemain import baru dari Nigeria, Ifedayo Olusegun, muncul wira skuad Gergasi Merah setelah meledak jaringan hatrik dalam separuh masa kedua.

Gol pertama Selangor hadir pada minit ke-33 menerusi Ifedayo yang menanduk masuk sepakan percuma Sandro Da Silva, sebelum dia menggandakan kedudukan menjadi 2-0, dua minit sebelum berakhirnya babak pertama setelah memanfaatkan kesilapan penjaga gol Kedah,  Ifwat Akmal Che Kassim.

Ifedayo melengkapkan hatrik pada minit ke-56 setelah mudah menolak masuk hantaran K. Sarkunan, namun Kedah berjaya mengurangkan defisit jaringan hasil sentuhan penyudah Fernando Ortega pada minit ke-63.

Sementara itu, Melaka berpesta gol setelah menang selesa 6-0 ke atas pasukan tercorot, Felda United, di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Penyerang import dari Serbia, Luka Milunovic meledak hatrik pada minit ke-36, 53 dan 89 selain tiga lagi gol daripada Patrick Reichelt (m-4), Safiq Rahim (m-25) dan Nazrin Nawi (m-35).

-- BERNAMA 

Advertisement

Must Watch Video