Jurulatih Selangor, B. Sathianathan, mengakui pasukannya mampu meraih kemenangan jika beraksi dengan 11 pemain, namun terpaksa akur dengan satu mata setelah sekadar seri 1-1 dengan Perak, semalam.
Selangor berada dalam prestasi terbaik ketika turun berdepan Perak di Stadium Shah Alam setelah cemerlang merakamkan kemenangan berturut-turut dalam tiga perlawanan terakhir.
Meneruskan misi mengutip tiga mata penuh, skuad Gergasi Merah itu dikejutkan dengan gol pendahuluan Perak menerusi Nor Hakim Hassan pada minit ke-36.
Begitupun, Selangor cepat memberi reaksi balas hasil jaringan penyamaan Sandro da Silva tiga minit kemudian, namun kebangkitan itu terencat susulan Nurridzuan Abu Hassan menerima kad merah dalam babak kedua.
"Kami telah bermain dengan baik dan sejujurnya, Selangor mampu melakar kemenangan jika dapat beraksi dengan 11 pemain," kata Sathianathan.
Sementara itu, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, tetap berpuas hati dengan satu mata di Shah Alam walaupun ia merekodkan keputusan seri keenam buat The Bos Gaurus musim ini.
"Perak mahukan kemenangan tetapi gagal melakukannya. Kami telah menghasilkan banyak peluang tetapi ia tidak berjaya menembusi gawang Selangor," katanya.