Skip to main content

Bola Sepak

Selangor lanjutkan khidmat tiga tonggak utama

selangor.jpg
Susulan musim 2023 yang memberangsangkan, Selangor FC membuat keputusan untuk melanjutkan khidmat tiga pemain utama pasukan menjelang musim 2024/25.

Sebagai persiapan musim hadapan, Selangor mengekalkan tiga lagi khidmat pemain utama sebagai langkah untuk terus memperbaiki lagi mutu pasukan tersebut menjelang musim hadapan yang lebih mencabar selepas bakal bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia II (ACL2) sementara bakal menjadi pencabar gelaran dalam saingan domestik.

Selepas beberapa pemain seperti Sam Sommerville dan Noor Al-Rawabdeh dikekalkan, Selangor mengumumkan tiga lagi khidmat pemain utama dikekalkan.

Bermula dengan pemain import dari Myanmar, Hein Htet Aung, yang telah menghabiskan musim lalu bersama Negeri Sembilan dan kini bakal berada dalam perancangan pasukan.
 

Seorang lagi penjaga gol pasukan, Khairulazhan Khalid, bakal kekal bersama Selangor bagi tahun kelapan. 

Mesra disapa Yan, dia telah mencatatkan 33 perlawanan tanpa dibolosi buat pasukan Selangor FC setakat ini.
 

Sementara itu, pemain pertahanan, Sharul Nazeem Zulpakar, terus kekal bersama skuad Gergasi Merah. Sejak menyarung jersi Merah Kuning buat skuad senior pada tahun 2021, beliau telah membuat 72 penampilan dan menjaringkan sebanyak lima gol setakat ini. 
 
 

Advertisement

Must Watch Video