Skip to main content

Bola Sepak

Selangor ketatkan kawalan keselamatan pemain

selangor-2.jpg
Kelab Selangor dilihat mengetatkan kawalan keselamatan ke atas pemainnya susulan insiden simbahan asid yang dialami oleh tonggak utama mereka, Faisal Halim, di sebuah pusat beli belah sebelum ini.

Beberapa marsyal dilihat mengawal rapi kemasukan setiap individu di Pusat Latihan Selangor FC.

Dalam pada itu, beberapa individu di dalam kelab itu juga dikhabarkan menerima ancaman dan menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu. 

Dalam satu kenyataan baru-baru ini kelab itu mengkritik sekeras-kerasnya tindakan keganasan di dalam arena bola sepak negara serta memohon semua komuniti bersatu untuk tidak memberikan sebarang ruang buat keganasan dalam sukan itu.

"Persatuan Bolasepak Selangor mengkritik sekeras-kerasnya tindakan keganasan di dalam bola sepak sehubungan dengan kejadian yang menggemparkan komunitu bola sepak baru-baru ini. 

"Pihak Persatuan bersama seluruh komuniti bola sepak di Selangor akan terus merapatkan untuk tidak memberi ruang sama sekali terhadap keganasan dalam sukan ini."

Advertisement

Must Watch Video