Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor muncul dua kelab yang melepaskan paling ramai pemain untuk menyertai kem kebangsaan B-19.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, seramai 36 pemain akan menyertai persiapan untuk menghadapi Kejohanan ASEAN B-19 di Surabaya itu di pertengahan Julai depan sambil Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Thailand, Singapura dan Brunei.
Skuad kendalian Juan Torres Garrido itu terlebih dahulu akan berpangkalan di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang, dari 2 hingga 8 Jun dan beralih ke Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dari 9 hingga 11 Jun depan.