Pengendali Selangor II, Michael Feichtenbeiner, berpandangan kemenangan ke atas Sarawak United membuktikan skuad yang dibarisi hampir kesemua graduan Program Pembangunan Bola Sepak Negara Malaysia (PPBN) itu bukan pasukan belasahan.
Gol tunggal dihasilkan Ahmad Danial Ahmad Asri sembilan minit sebelum tamat permainan menyekat impian Sarawak United meneruskan rentak kemenangan dalam saingan ketiga musim ini biarpun lawan hadir dengan 'nama besar' seperti Amri Yahyah dan penyerang import, Patrick Ronaldinho.
Feichtenbeiner puas hati dengan semangat dan prestasi anak buahnya yang bangkit pada babak kedua biarpun pada 45 minit pertama yang agak kurang cemerlang.
"Kami memiliki skuad muda dan mereka telah membuktikan mampu bersaing dalam Liga Perdana. Kemenangan ini meningkatkan motivasi pasukan dan pengalaman ini mampu meningkatkan lagi kualiti permainan pasukan," kata Feichtenbeiner ketika sidang media pasca-perlawanan.
Danial yang turut selaku dalam separuh masa kedua muncul wira selepas memecah kebuntuan pasukan mencari jaringan pertama.
Kemenangan 1-0 ke atas skuad kendalian E. Elavarasan meletakkan Selangor II di kedudukan ke-10 liga.
"Jaringan tersebut meningkatkan keyakinan saya untuk beraksi dengan lebih cemerlang selepas ini. Semangat serta kerja keras adalah kunci untuk kami berjaya," kata Danial.
Sementara itu, Elavarasan menjelaskan semangat ditampilkan Selangor II merencatkan peluang mereka mencetak kemenangan.
Cuaca selepas hujan menjadikan permukaan padang agak licin juga mencetus situasi tegang kedua pasukan, namun kebijaksaan pengadil memastikan aksi berlangsung lancar.
"Kami menyedari perlu meraih kemenangan dalam perlawanan ini. Kami telah berusaha untuk mencipta kemenangan tetapi tuah tidak menyebelahi kami," kata Elavarasan.
Imej: MFL