Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Selangor hantar ubi muda gegar Liga Singapura?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

johan-kamal.jpg
Tawaran Liga Perdana Singapura (SPL) yang membuka slot buat mana-mana kelab untuk menyertai mereka memancing perhatian Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Johan Kamal Hamidon, mengakui bakal pertimbangkan situasi itu andai keputusan MFL tidak memihak kepada pasukan B-23 kelab itu.

Menjelang final pertama MFL Challenge Cup 2024/25, Johan mengharapkan pengertian penyokong tegar Selangor agar lebih bersabar dengan perubahan yang bakal dibawa ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi, yang konsisten mencetak rekod 10 aksi tanpa tewas dalam saingan liga

Dia turut menegaskan prestasi semasa pasukan bukan punca utama penyusutan penyokong ke stadium baru-baru ini sebaliknya transisi liga adalah penyumbang kearah hilangnya minat penyokong untuk turun ke stadium

"Kami boleh terokai, kami ada satu skuad yang tiada tempat untuk bermain. Jika tiadalah.

"Kerana kami sudah menandatangani pemain, kami difahamkan banyak pasukan yang tiada perancangan untuk skuad B-23. Kami tidak tahu lagi pegangan MFL buat masa ini.

"Terdapat pelbagai isu dan penyokong (tidak ke stadium) melihat negatif juga. Terdapat banyak faktor tetapi saya percaya transisi itu antara faktor juga." katanya Johan Ketika ditemui di Majlis Pengumuman Rakan Penaja Baru Selangor iaitu RMS Synergy yang memeterai persefahaman selama setahun dalam bentuk kewangan dan juga barangan.

 

Advertisement

Must Watch Video