Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz, berkongsikan pemain yang menyarung jersi nombor 10 Jeonbuk Hyundai, Lee Seung-woo, wajar diberikan tumpuan susulan boleh mendatangkan bahaya buat benteng pasukannya.
Perkara itu dikongsikan jurulatih berusia 46 tahun itu ketika sidang media praperlawanan semalam, dengan kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan dalam aksi keempat, Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Jeonju, Korea Selatan, sebentar lagi.
"Paling penting adalah bermain secara menyerang dan teruskan momentum kami. Esok akan menjadi aksi yang sukar. Pertahanan, jentera tengah mereka juga bagus, aksi yang sukar tetapi kami mahu menang.
Korean Messi ancaman JDT, Xisco Munoz namakan Lee Seung Woo yang juga produk Barcelona sebagai pemain yang perlu diberi perhatian menjelang pertemuan menentang Jeonbuk, ACL Elite! - “number 10 is dangerous, he’s a good player”. 🔥 @ASTROARENA https://t.co/PvRnYPnEWK
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 2, 2026
"Jeonbuk mempunyai pemain di tahap yang lain. No. 10 (Seung-woo) berbahaya. Pemain sayap ini mempunyai kemahiran dan kepantasan.
"Saya tidak boleh menamakan hanya seorang, tetapi jika saya perlu menamakan seorang, ia adalah No. 10." katanya.
Untuk rekod, Seung-woo telah merekodkan lapan gol dan empat bantuan jaringan daripada 29 penampilan untuk Jeonbuk dalam saingan K League.