Menjelang Byon World Grand Prix 2026 yang akan berlangsung pada 12 Disember ini, tumpuan pasti terarah kepada wakil Malaysia iaitu Putra Abdullah dan Umar Al Matin yang akan berlawan dalam kategori 61 kilogram (kg).
Manakala Ammarul Shafiq dan Iman Rakib akan hadapi kategori 67kg, menariknya mereka bakal hadapi petarung wild card yang bukan calang-calang.
Dalam menghadapi format penyingkiran lapan pemain, juara dunia K1 Super Featherweight, Remi Parra, akan menjadi pencabar dalam kategori 61kg manakala Juara Dunia WBC Muay Thai, Sajad Sattari, akan menyertai 67kg.
Jika sebelum ini, semua petarung negara hanya menghadapi saingan dari negara jiran, kini cabaran getir menanti lebih-lebih lagi Putra Abdullah dan Ammarul Shafiq kekal rekod tanpa kalah di Byon.
Satu cabaran sangat besar buat kedua-dua jaguh sukan tempur negara itu dalam misi menghalang dua juara dunia mencalarkan rekod tanpa kalah mereka.