Skip to main content

Bola Sepak

Selangor FC serah kepada Faisal Halim buat keputusan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isal.jpg
Selangor menyerahkan .sepenuhnya kepada Faisal Halim samada mahu terus diberikan ruang bertenang atau menjadi sebahagian daripada watak penting menjelang dua perlawanan mendatang. 

Selangor bakal bertemu Malaysia University dalam aksi Piala FA serta menghadapi aksi pertama Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Bangkok United minggu hadapan. 

Faisal yang sebelum ini menyertai kem latihan skuad Harimau Malaya dan pemain berusia 27 tahun itu sempat beraksi sebagai pemain gantian ketika Malaysia menewaskan Singapura 2-1, Khamis lalu.

Dia kemudian terkeluar daripada skuad menjelang aksi bertemu Palestin di Stadium Sultan Ibrahim. 

Terdahulu, isteri kepada pemain sayap itu, Nur Syazwani Mizuana Shahril, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Faisal.
 

Berdasarkan ciapan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom di X, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon, berkata, "Kita akan bagi sokongan penuh. Saya percaya Kinoshi juga akan beri sokongan penuh. Jadi, apa saja keputusan Faisal Halim, kita akan sokong.

"Kita tahu beliau pemain profesional. Kita semua tahu bagaimana kuatnya beliau, berapa kali beliau jatuh dan bangkit kembali.

"Jadi, saya rasa beliau akan lalui perkara ini dengan baik. Keputusan sama ada Faisal ingin beraksi di perlawanan Piala FA (lawan Malaysian University) Sabtu ini, beliau akan tentukan sendiri.

"Pihak pengurusan dan ketua jurulatih pasukan prihatin dengan situasi semasa Mickey, kami sentiasa berhubung dengan beliau dan bersedia memberi sokongan yang diperlukan.

"Beliau sangat sayang pada keluarganya tapi dalam masa sama profesional dalam kerjaya dan kelab akan beri sokongan penuh kepadanya, saya percaya beliau menghadapi semua situasi ini dengan kuat."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video