Ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, memilih padang tiruan sebagai venue latihan pasukannya sebagai persediaan menjelang pertemuan dengan Felda United dalam Liga Super di Jengka hujung minggu ini.
Demi tiga mata di Stadium Tun Abdul Razak, jurulatih itu terpaksa melupakan latihan di padang biasa.
Tiada istilah pasukan di tangga tercorot buatnya, yang melihat Felda United sebagai lawan yang mampu memberikan kejutan.
"Jika dikatakan mereka sebagai pasukan di tangga tercorot, mereka menewaskan Kedah dan nyaris ke final Piala FA.
"Kebangkitan mereka memang menakjubkan dan mereka sekarang perlu meneruskan kelangsungan dalam liga.
"Masa depan mereka bergantung kepada perlawanan dalam Liga Super," katanya.
Kemenangan The Fighters ke atas Kedah 3-2 dalam separuh akhir kedua Piala FA, Ahad lalu, berupaya menjadi sesuatu yang membawa resah buat Sathianathan.
Sebagai pasukan yang terdesak untuk keluar dari zon penyingkiran, pasukan itu mungkin menjadi punca Selangor gagal memenuhi sasaran untuk menjadi empat pasukan di tangga teratas musim ini.
"Tiada istilah pasukan lemah dalam Liga Super.
"Mungkin perlawanan dengan Felda lebih sukar berbanding pasukan di atas kami.
"Mereka perlu meneruskan kelangsungan mereka dan mereka pasti akan memberikan 100 peratus," tambahnya.