Walaupun masih belum ada sebarang pengesahan, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yakin pasukan itu akan tetap beraksi di Stadium Shah Alam menjelang aksi pembukaan Liga Super hujung bulan ini.
Sebelum ini, stadium itu menjadi salah satu venue yang diletakkan di bawah pemerhatian oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), yang melakukan tinjauan di venue-venue yang terlibat.
Ia mencetuskan persoalan sama ada venue itu sudah bersedia sepenuhnya untuk digunakan atau tidak, namun Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, optimis perkara itu mampu diselesaikan oleh pihak pengurusan stadium itu sebelum liga bermula.
"Ketika mereka (MFL) melakukan pemeriksaan, padang tersebut sedang dibaiki untuk Kejohanan Piala Cabaran Asia.
"Sebab itu ada beberapa perkara yang tidak mengikut spesifikasi mereka.
"Ia kerana pihak kami sedang menggunakan padang dan bilik persalinan.
"Kami melakukan sedikit perubahan untuk kejohanan kami.
"Mungkin ia tidak sesuai bagi MFL," katanya.
Bagaimanapun, jika Stadium Shah Alam masih tidak mendapat kelulusan dalam tempoh yang ditetapkan, Selangor bersedia untuk menggunakan galanggang lain.
"Jika ia tidak dapat diperbaiki sebelum permulaan liga, kami akan mencari gelanggang alternatif sehingga Stadium Shah Alam diperbaiki.
"Banyak stadium lain di sekitar Selangor untuk kami gunakan dalam dua perlawanan pertama," tambahnya.
Editor: Muzaffar Musa