Skip to main content

Bola Sepak

Selangor bangkit ikat Perak

56848016_2623546887717786_4409132813832421376_n.jpg
SELANGOR 1 PERAK 1

Selangor melakar kebangkitan daripada ketinggalan untuk mengikat Perak 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.


Perak meletakkan sasaran untuk melakar tiga mata selepas seri dalam dua perlawanan berturut-turut sebelum ini dengan Melaka (0-0) dan PKNS (2-2).

Skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu mendahului permainan menerusi jaringan pembukaan yang disempurnakan oleh Nor Hakim Hassan apabila bijak menampan masuk hantaran silang Shahrel Fikri Md Fauzi pada minit ke-36.

Tidak sempat Perak mengatur langkah, Selangor bangkit menyamakan kedudukan tiga minit kemudian apabila Sandro da Silva menyempurnakan sepakan percuma menewaskan penjaga gol lawan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Selepas perlawanan bersambung dalam babak kedua, Selangor terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain selepas Nurridzuan Abu Hassan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.

Kedudukan 1-1 kekal hingga tamat permainan, sekaligus menyaksikan Perak gagal melakar sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan.

Keputusan lain:

KEDAH 3 TERENGGANU 0


Imej: FA Selangor

Advertisement

Must Watch Video