Skip to main content

Bola Sepak

Selamat ulang tahun ke-89 Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sfc.jpg
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) meyambut ulang tahun ke-89, menyajikan pencapaian serta sejarah yang dalam kancah bola sepak tempatan.

Pasukan Selangor ditubuhkan secara rasmi pada 1936 oleh FAS dan pada 2 Oktober 2020, kelab itu secara rasminya telah menswastakan sebagai Kelab Bola Sepak Selangor selepas ia diluluskan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 29 September.

Menerusi laman X, Selangor berkongsi, "Selama 89 tahun, The Red Giants telah memberi inspirasi, membawa kegembiraan, mencapai kejayaan yang luar biasa, dan mencipta cerita yang tidak dapat dilupakan kepada ramai peminat.

"The Red Giants telah menjadi simbol kebanggaan, perpaduan, dan semangat untuk semua.

"Perjalanan yang dikongsi bersama SFC, perjalanan yang tidak pernah berhenti, berterusan, dan sentiasa bergerak ke hadapan."
 
Selangor bakal turun dalam aksi Final 2 Piala Cabaran malam ini bertemu juara bertahan, PDRM selepas mendahului 3-0 secara agregat. 

Advertisement

Must Watch Video