Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, hari ini mengesahkan sekurang-kurangnya seorang daripada pemain import skuad Ngap Sayot itu akan dilepaskan dalam jendela perpindahan pemain, bulan ini.
Menurutnya, pihaknya tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggugurkan Mark Andrew Hartmann susulan prestasi yang amat mengecewakan.
"Kami sedang menyediakan surat penamatan kontrak dan berharap sebagai pemain profesional, dia dapat menerima keputusan ini secara terbuka," katanya.
Hartmann dikecam hebat oleh seluruh peminat kerana kegagalannya beraksi dengan baik dan menjaringkan gol biarpun berhadapan peluang yang baik.
"Kami tidak mahu berprasangka buruk, justeru jalan yang terbaik adalah berpisah."
Katanya, nasib seorang lagi pemain, Lee Jong-ho yang juga dalam radar pemerhatian masih samar.
"Mungkin kami juga akan melepaskannya sekiranya tiada peningkatan dan ada pemain lain yang menunjukkan kemampuan serupa.
Jong-ho dan Hartmann tidak diturunkan dalam kesebelasan utama David Usop sejak tiga aksi terakhir ini dan diganti pemain-pemain tempatan.
"Ternyata dalam aksi tersebut, pemain-pemain muda kami mampu menggalas tanggungjawab dengan lebih baik dan sekurang-kurangnya kami tidak kalah.
"Ia perkembangan yang positif sebenarnya kerana kami sedang dalam proses pembentukan pasukan baharu.
"Tidak guna kami menggunakan khidmat pemain import jika prestasi mereka setaraf dengan pemain tempatan," tambahnya lagi.
Dua lagi tonggak import Sarawak, Mateo Roskam dan Demerson Bruno Costa, kini dalam situasi "selamat" berikutan prestasi yang konsisten.