Skip to main content

Bola Sepak

"See you when I see you" - Nenad Bacina

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nenad.jpg
Kuala Lumpur City tutup saingan Liga Super musim 2023 dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sri Pahang di Stadium Cheras pada Sabtu.

Buat masa ini, KL City kekal di kedudukan keenam liga dengan Terengganu dan PDRM masih lagi berbaki satu perlawanan yang bakal berlangsung pada jam 9.00 malam ini.

Dalam sidang media pasca perlawanan malam tadi, Nenad akui dia terbuka untuk pertimbangkan jika mendapat tawaran untuk kekal bersama The City Boys musim depan.

"Jika KL City datang berikan tawaran kepada saya, saya terbuka untuk pertimbangkan, namun buat masa ini saya belum tahu apa-apa"

"Tidak perlu untuk kita bercakap mengenai masa depan, kita perlu tutup dahulu musim ini, dan hanya fokus kemudian".

Namun begitu, Nenad turut mengakui dia juga akan pertimbangkan tawaran daripada kelab-kelab lain terutamanya yang hampir dengan tempat asal usulnya, Croatia.

"Saya tidak mendapat sebarang tawaran dari kelab Malaysia, namun saya akan pertimbang juga tawaran dari kelab lain, lebih-lebih lagi yang berdekatan dengan tempat saya".

Sebelum meninggalkan ruang sidang media, Nenad sempat bergurau membalas ucapan selamat tinggal oleh wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.

"See you when I see you" - Kata Nenad.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video