Skip to main content

Bola Sepak

Sebelum aksi penting ACLE, TMJ 'paksa' pemain ziarah keluarga susah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
'Apa sahaja cabaran yang kamu lalui tidaklah sebesar musibah keluarga ini'

Itulah ungkapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, terhadap para pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika selesai meluangkan masa bersama menziarahi keluarga yang terkesan di Pontian, Johor.

Kehidupan susah yang diharungi individu tersebut sangat memberi menusuk kalbu susulan kehilangan isteri tercinta dan terpaksa menyara empat orang anak. 

Perkongsian itu diberitahu oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang menceritakan perkara sebenar seorang kepimpinan melalui teladan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang mahu semua pemain Harimau Selatan menyantuni keluarga tersebut. 

 

"TMJ memanggil pihak pengurusan dan pemain JDT lalu 'memaksa' mereka naik ke dalam bas. 

"TMJ membawa pasukan ini ke Pontian untuk melawat keluarga yang sedang melalui kesusahan.

"Selepas itu, TMJ berterima kasih kepada mereka kerana datang melawat keluarga itu sambil menekankan nasihat penting.

"Bagi pemain, tekanan mereka adalah cabaran setiap perlawanan. 

"Bagi dirinya pula, tanggungjawab sebenar adalah kepada empat juta rakyat Johor," katanya.

Advertisement

Must Watch Video