Pemain baru Juventus, Aaron Ramsey, percaya dia telah melengkapkan perpindahan impian dan menegaskan terus menolak tawaran lain sebaik sahaja mendengar minat daripada skuad The Old Lady itu.
Ramsey meninggalkan Arsenal secara percuma di penghujung musim 2018-19 selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan kontrak baru.
Juve dilaporkan melengkapkan perpindahan bintang Wales itu Januari lalu sambil perjanjian rasmi dicapai sebulan kemudian.
Ia menamatkan tempoh 11 tahun Ramsey bersama The Gunners tetapi mengesahkan dia dapat kembali beraksi di pentas tertinggi, Liga Juara-Juara Eropah, bersama Juve berbanding Arsenal.
Sejak permulaan musim lalu, situasi jelas menunjukkan Ramsey sedang menuju kempen terakhirnya di Emirates dan beberapa kelab Itali dikaitkan dengannya, namun hanya satu tempat yang ingin ditujui.
Apabila ditanya sewaktu diperkenalkan dalam sidang media sama ada dia memikirkan kelab lain, Ramsey berkata: "Sebaik sahaja saya mendapat tahu Juve berminat, tiada lagi persoalan mengenai destinasi saya. Anda tidak boleh menolak peluang.
"Saya gembira untuk berada di sini dan diharapkan dapat menjadi sebahagian daripada sejarah baru. Terdapat kelab lain tetapi ini adalah yang terbaik untuk saya.
"Apabila saya tahu Juve berminat, saya tidak boleh menolak. Ia adalah kelab hebat, salah satu yang terbesar. Untuk memiliki peluang datang ke sini, beraksi buat mereka, ia adalah impian beraksi di peringkat tertinggi.
"Ia akan menjadi cabaran buat saya. Datang ke sini, melalui pengalaman baru dalam hidup. Saya menerimanya dan mahu menyahut cabaran itu.
"Diharapkan segalanya lancar di sini. Saya tahu ia akan menjadi sukar tetapi saya telah mempersiapkan diri untuknya dan tidak sabar untuk cabaran baru," tambahnya.
Ramsey bukan satu-satunya individu yang dibawa masuk daripada Liga Perdana Inggeris tatkala pengendali, Maurizio Sarri, turut didapatkan dari Stamford Bridge ke Turin.
Bintang Wales itu sudah biasa dengan pengurus dari Itali itu dan kagum dengan pencapaiannya di England.
"Daripada apa saya lihat musim lalu, dia melalui kempen yang bagus bersama Chelsea," ujar Ramsey.
"Dia meraih dua final (Piala EFL dan Liga Europa), memenangi salah satu daripadanya dan menamatkan liga dalam kelompok empat teratas.
"Tidak mudah untuk melakukannya. Diharapkan dia mampu membawa falsafah itu ke dalam pasukan ini, memenangi dan bermain bola sepak yang bagus, itu situasi yang ideal.
"Diharapkan ia sesuatu yang kami boleh lakukan, menjadi berjaya dalam melakukannya."