Pemain tengah Negeri Sembilan, Sean Selvaraj, mahu menjadikan jaringannya sebagai pencetus moral terbaiknya sambil terus menghasilkan sentuhan pemusnah pada masa akan datang.
Gol tunggal hasil tandukannya ketika bertandang ke Kelantan United dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia, semalam, boleh menjadi titik tolak kebangkitannya dan pasukan yang melalui tempoh sukar, khususnya dalam pusingan pertama Liga Super.
Sean diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama berturut-turut dan langkah itu mula mengembalikan keyakinannya di atas padang.
"Ini satu jaringan yang sangat bermakna pasukan dan saya sendiri.
"Ini jaringan pertama saya buat tahun ini dan sedikit sebanyak ia menaikkan keyakinan saya dan boleh membantu pasukan dalam perjuangan Liga Super," katanya selepas perlawanan.
Baginya, ada tugas lebih penting untuk digalas skuad Jang yang menghampiri dasar Liga Super sekalipun memiliki reputasi cemerlang musim lalu.
"Di sebalik pemain import yang keluar masuk disebabkan bajet, tetapi dengan khidmat pemain tempatan yang ada sekalipun kami tidak seharusnya berada di tangga kesembilan.
"Semua pemain perlu bekerja keras untuk meletakkan kami di tahap yang sepatutnya," katanya.