Skip to main content

Bola Sepak

Sean Selvaraj kembali ke Lembah Klang? Dekat dengan ibu tujuan utama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sean.jpg
Spekulasi Sri Pahang berkenaan penyertaan ke Liga Super Malaysia masih menjadi tanda tanya ditambah beberapa pemain mahu pasukan itu untuk meneruskan perjuangan musim depan.

Namun, di sebalik khabar angin yang semakin meluas itu, terdapat pemain Tok Gajah yang sudah merencana pelan sokongan melangsungkan karier dengan berkenala ke pasukan baru.

Bekas pemain Negeri Sembilan, Sean Selvaraj, tidak terlepas memperhalusi setiap tawaran yang dikemukakan segelintir kelab.

Tidak dinafikan, pasukan Lembah Klang sudah mula merisik khidmatnya mengulangi kisah ketika pernah mewakili Selangor, sebelum ini.

Meskipun perbincangan masih di peringkat awal, namun objektif utama Sean Selvaraj adalah untuk kekal dalam kancah Liga Super.

"Sangat gembira jika dapat kembali.

"Secara jujurnya, lebih baik kerana dekat dengan keluarga terutamanya ibu saya yang tinggal sendirian di Port Dickson.

"Kalau dekat jadi senang sedikit untuk menjaganya.

"Dalam masa sama, saya mahu kekal dalam Liga Super," katanya di Nadi Arena. 

Advertisement

Must Watch Video