MANCHESTER CITY 2 LEICESTER CITY 1
Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel, tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, Bobby Madley, ketika mereka tewas 2-1 kepada kepada Manchester City, semalam.
Silva membuka jaringan dalam aksi yang berlangsung di Stadium Etihad, Gabriel Jesus menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti sebelum Shinji Okazaki menjaringkan jaringan sagu hati buat pelawat.
Leicester tidak berpuas hati jaringan pembukaan City dibenarkan kerana pemain sayap, Raheem Sterling, didakwa berada di dalam kedudukan ofsaid.
Sterling selepas itu mengakui dia mahu mengelak daripada melakukan sebarang sentuhan tetapi Schmeichel menegaskan pemain itu telah menyukarkannya untuk menampan bola tersebut.
"Jaringan pertama City adalah ofsaid," katanya.
"Sesiapa yang bermain bola sepak, terutama sekali penjaga gol, mengetahui ia adalah ofsaid.
"Sterling melindung penglihatan saya, kemudian menghalang Christian Fuchs untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti."
Leicester mengasak lawan bagi mencari gol penyamaan dalam separuh masa kedua, mereka memiliki peluang untuk berbuat sedemikian, namun sepakan penalti yang diambil oleh Riyad Mahrez telah dibatalkan kerana bola tersentuh dua kali sebelum ia menembusi gawang gol lawan.
"Seharusnya kami berhak untuk mengambil semula sepakan penalti tersebut. Saya berasakan pengadil perlawanan gagal memberikan keputusan yang tepat dan ia sekaligus menghukum kami."