Pemangku jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, menafikan dakwaan dia menghadapi masalah dengan Paulo Dybala selepas pasukannya diikat seri 0-0 oleh Colombia, hari ini.
Diletakkan di bangku simpanan ketika menewaskan Guatemala minggu lalu, Dybala sekali lagi terlepas untuk diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan dalam aksi di New Jersey itu sebelum dibawa masuk dalam babak kedua ketika berdepan Colombia.
Namun, Scaloni menafikan wujud masalah di antara dia dan Dybala walaupun bintang Juventus itu dijangka akan menggantikan tempat Lionel Messi yang tidak menyertai skuad Argentina.
"Anda rasa saya ada masalah dengan Dybala? Dia pemain hebat," kata Scaloni.
"Apa yang berlaku adalah kami tidak berlatih pada minggu ini. Ia sesuatu yang besar.
"Antara kami wujud satu hubungan yang erat. Dia seorang pemain yang bagus. Kami harus mencari penyelesaian untuk mengetahui tahap kesesuaiannya."
Sementara itu, Mauro Icardi meraih tempat dalam skuad utama Argentina tetapi bergelut untuk menghadirkan impak tatkala dia masih menghitung waktu untuk meraikan jaringan pertama di peringkat antarabangsa.
Walaupun penyerang Inter Milan itu kini telah melalui lima perlawanan tanpa jaringan bersama skuad kebangsaan, Scaloni tetap memuji sumbangannya.
"Kami cuba untuk melibatkannya dalam pasukan. Dia memberikan tekanan dengan baik dan meraih beberapa detik yang menarik.
"Icardi mempamerkan usaha yang terpuji."