Zinedine Zidane berasa kagum dengan skil yang dipamerkan Karim Benzema dalam membantu Real Madrid mara ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas mengetepikan Atletico Madrid dalam separuh akhir kedua, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Diego Simeone itu meledak dua gol dalam tempoh 16 minit pertama menerusi Saul Niguez dan Antoine Griezmann, sekaligus memberi bayangan kebangkitan Atletico Madrii di Vicente Calderon selepas tewas 3-0 dalam pertemuan pertama.
Bagaimanapun, Isco berjaya meledak gol di tempat lawan ketika menghampiri masa rehat untuk memusnahkan harapan Atletico dengan Real melakar kemenangan agregat 4-2.
Benzema menghasilkan magis menuju ke gol tunggal Real Madrid dengan melepasi tiga pertahanan Atletico dalam ruang yang sempit sebelum melorongkan bola ke arah Toni Kroos.
Pemain tengah Jerman itu melepaskan rembatan rendah, namun ditampan Jan Oblak sebelum singgah ke kaki Isco yang meledak gol pemusnah Atletico.
Benzema bergelut dengan aksinya musim ini sehingga menjadi sasaran kritikan sebahagian penyokong Real ekoran mengalami kemarau gol selepas lapan perlawanan.
Zidane, bagaimanapun, teruja dengan sumbangan penyerang Perancis itu, dan berkata:"Saya tidak tahu bagaimana Benzema melepaskan dirinya, hakikatnya dalam bola sepak bukan gol sahaja yang penting.
"Saya gembira dengan persembahannya. Apa yang kurang hanyalah gol walaupun dia mendapat beberapa peluang."
Zidane, yang bakal menjadi jurulatih pertama untuk membawa sebuah pasukan mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, percaya Madrid sememangnya layak untuk mara ke final.
"Kami gembira dengan pencapaian ini. Semua pihak layak mendapat keputusan ini, terutama pemain yang telah bekerja keras untuk sampai ke peringkat ini," tambahnya.
"Kami perlu melakukan persiapan bagi menghadapi aksi final tetapi saya boleh katakan kami gembira dengan pencapaian ini."