Skip to main content

Bola Sepak

Saya tidak pernah nafi bahawa saya adalah CEO -- Rob Friend

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ron.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian NT, Rob Friend, tampil menjelaskan dirinya adalah Ketua Pegawai Eksekutif skuad kebangsaan dan tidak pernah menafikan perkara itu.

Menerusi wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, "Saya CEO. Penjelasan saya hanya mengenai skop penglibata saya, bukan peranan mahupun jawatan saya.

Advertisement

"Untuk lebih jelas lagi, saya tidak pernah menafikan bahawa saya adalah CEO." katanya.

Sebelum ini menerusi alasan bertulis daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menjelaskan dia hanya berperanan selaku perunding kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).





"Dia menyatakan tugasnya adalah membantu projek tersebut terutamanya dalam aspek penambahbaikan kejurulatihan dan staf teknikal.

"Dia menyatakan semua proses berkaitan naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya oleh FAM di Malaysia dan dirinya ditugaskan untuk membantu sejak ia dibuka pada 22 Ogos 2025.

"Selain itu, dia juga menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam mana-mana proses sebelum tarikh tersebut," jelas FIFA.

Football

Sepak Padu Dengan Adidas

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Adidas untuk semua.
Grab Sekarang

Must Watch Video