Pengendali AC Milan, Gennaro Gattuso, berkata dia tidak kisah jika seorang pemain menyuruhnya berambus tatkala dia menegaskan isu dia dan Tiemoue Bakayoko sudah tamat.
Kedua-dua individu itu bertegang urat di tepi padang ketika The Rossoneri menang 2-1 ke atas Bologna, Isnin lalu, sebelum Gattuso kemudian mendakwa pemain yang dipinjam daripada Chelsea itu mengambil masa terlalu lama untuk bersiap ketika cuba dibawa masuk selaku pemain gantian.
Bakayoko kembali diletakkan dalam kesebelasan utama dalam aksi awal pagi tadi, menyaksikan Milan menundukkan Fiorentina 1-0 dan meletakkan mereka satu mata daripada kelompok empat teratas Serie A.
Gattuso mendakwa dia tiada masalah dengan kata-kata kasar daripada pemainnya asalkan mereka beraksi cemerlang buat pasukan.
"Saya meletakkan semuanya di belakang pada keesokan harinya," kata Gattuso.
"Saya tidak kisah jika pemain mahu saya berambus kerana apa yang penting adalah dia menunjukkan hormat kepada rakan sepasukan dalam bilik persalinan.
"Saya harus fikirkan apa yang terbaik buat AC Milan. Jika pemain perlu memaki-hamun saya untuk kebaikan kelab, saya boleh menghadapinya."
Kemenangan Milan di Artemio Franchi dilihat penting memandangkan Atalanta terlebih dahulu mengatasi Genoa untuk naik ke tangga ketiga liga.
Gattuso bangga dengan kedudukan skuad kendaliannya selepas 36 perlawanan walaupun agak kecewa tidak dapat mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara Eropah.
"Kami adalah pasukan yang miliki kekuatan dan kelemahan," ujar Gattuso.
"Kami melepaskan banyak peluang untuk berada dalam kelompok empat teratas. Kami perlu matang dan mempunyai ramai pemain muda yang kehilangan keyakinan pada detik penting.
"Jika seseorang memberitahu bahawa kami akan berkongsi mata dengan Roma dan empat mata mengatasi Lazio, tiada siapa mempercayainya. Namun, kami mampu lakukan dengan lebih baik. Kami lepaskan terlalu banyak mata."
Gattuso juga menafikan dia memiliki hubungan dingin dengan pengendali Fiorentina, Vincenzo Montella, individu yang digantikannya di San Siro.
"Saya tiada masalah dengan Montella. Kami tidak pernah bertekak. Saya sangat kaguminya dan dia telah tinggalkan sebuah pasukan yang membuka minda saya," ujar Gattuso.
"Kami adalah rakan sepasukan Itali dan bertegur sapa sebelum perlawanan. Segalanya baik."