Mauricio Pochettino menegaskan dia tidak 'gila' kerana mempercayai peluang Chelsea untuk berjaya walaupun krisis kecederaan yang semakin meningkat menjelang pertemuan dengan Sheffield United pada Sabtu.

Chelsea telah menyaksikan pemain pertahanan Marc Cucurella dan Reece James serta penjaga gol Robert Sanchez semuanya menyertai senarai kecederaan skuad kendalian Pochettino sekaligus dikecualikan untuk aksi minggu ini.

Pochettino mendedahkan James, yang dipaksa keluar pada perlawanan 2-0 di mana mereka tewas kepada Everton, berasa hampa akibat masalah 'hamstring' terbarunya selepas sudah lama tidak bermain musim ini dengan dibelenggu kecederaan yang sama, sementara Sanchez mungkin akan diketepikan sekurang-kurangnya beberapa minggu selepas mengalami masalah lutut.

Pengendali The Blues itu, kelihatan bersedia untuk menyerahkan penjaga gol Djordje Petrovic penampilan pertamanya dan ada potensi penampilan sulung Christopher Nkunku buat Chelsea yang kini huni tempat ke-12 liga, kekal penuh semangat untuk cita-citanya di Stamford Bridge.


Pochettino berkata: "Saya rasa ia amat menarik, projek ini. Kami tahu bahawa ia adalah sukar tetapi sebenarnya lebih sukar atas faktor keadaan. Anda sentiasa mengharapkan keadaan yang tidak dijangka, tetapi tidak banyak. Kami menderita selepas lima, enam bulan.

“Tetapi itu adalah satu cabaran dan boleh menjadi perkara yang sangat baik untuk kami. Kami tidak akan berputus asa dan kami akan berjuang. Saya fikir situasi akan menjadikan kita lebih bijak untuk mengembangkan kakitangan kejurulatihan.

“Saya fikir cabaran itu besar, tetapi saya benar-benar percaya bahawa kita boleh berjaya. Hanya menanti masa, tetapi kadang-kadang banyak perlu bersabar dan percaya dengan apa yang kita lakukan.

“Sudah tentu, itu adalah perkara yang paling sukar dalam bola sepak untuk terus mempercayai apabila anda tidak mendapat keputusan yang anda mahu. Bagi saya, masa tidak menjadi masalah. Kita akan berjaya. Yang pasti, anda akan melihat.

“Mungkin hari ini anda boleh mengatakan ‘lelaki ini gila’, tetapi saya tidak gila. Saya tahu apa yang saya lakukan.”

Pemain prospek musim panas yang ditandatangani Chelsea, sentuhan Nkunku amatlah ditagih, tetapi Pochettino memberi amaran bahawa Chelsea tetap perlu bertenang dan tidak memberikan tekanan kepadanya.

Chelsea bakal bertemu Sheffield United pada jam 11 malam ini di Stamford Bride, dan anda boleh saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro Supersport 811HD.