Isu dokumentasi melibatkan tujuh pemain warisan negara bukan sahaja mengejutkan arena bola sepak Malaysia, tetapi seluruh dunia sedang menyelusuri isu menggemparkan ini.
Ia bukan sekadar mengenai tiga mata, tetapi laungan slogan 'fairplay' yang sering diterapkan badan induk dunia iaitu Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) itu sendiri.
Wakil media Vietnam, Hoang Duy Ang daripada agensi media VTVcab menegaskan, skuad Naga Emas itu mampu menerima kekalahan sekiranya berhadapan dengan pihak lawan yang tidak meragukan.
Malah, Hoang terpaksa bersetuju dengan pandangan beberapa pemain Vietnam bahawa kemenangan Malaysia ke atas Vietnam pada 10 Jun lalu dalam aksi Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 sebagai 'tidak normal'
"Ia bukan kerana keputusan yang tidak memihak kepada kami, tetapi ada keraguan dalam aksi Malaysia lawan Vietnam pada 10 Jun lalu. Kemenangan Malaysia tidak normal.
"Pada pandangan saya, saya terkejut apabila bukan satu tetapi terdapat tujuh pemain Malaysia." katanya.
Hoang turut menegaskan keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA pada 26 September lalu mengejutkan seluruh warga Vietnam yang tidak menyangkakan barisan pemain yang didakwa terlibat dengan isu pemalsuan dokumen seramai tujuh pemain.
Pada Hoang sendiri, ia jumlah yang besar untuk sebuah pasukan kebangsaan.
Dapatkan sekarang

Ia bukan kerana keputusan yang tidak memihak kepada kami, tetapi ada keraguan dalam aksi Malaysia vs Vietnam 10 Jun lalu. Kemenangan Malaysia tidak normal
— FinaNasrom (@fnasrom) October 8, 2025
- Hoang Duy Ang, Pengamal Media Vietnam pic.twitter.com/excjo9f1js
"Ia bukan kerana keputusan yang tidak memihak kepada kami, tetapi ada keraguan dalam aksi Malaysia lawan Vietnam pada 10 Jun lalu. Kemenangan Malaysia tidak normal.
"Pada pandangan saya, saya terkejut apabila bukan satu tetapi terdapat tujuh pemain Malaysia." katanya.
Hoang turut menegaskan keputusan Jawatankuasa Disiplin FIFA pada 26 September lalu mengejutkan seluruh warga Vietnam yang tidak menyangkakan barisan pemain yang didakwa terlibat dengan isu pemalsuan dokumen seramai tujuh pemain.
Pada Hoang sendiri, ia jumlah yang besar untuk sebuah pasukan kebangsaan.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan sekarang