Skip to main content

Bola Sepak

Saya tak jangka tewas sebegini kepada Harimau Malaya -- Jurulatih Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim.jpg
Jurulatih Vietnam, Kim Sang Sik, tidak menjangkakan skuad kendaliannya itu tewas kepada Harimau Malaya dengan jumlah jaringan yang besar di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 itu menyaksikan Vietnam akur dengan kekalahan 0-4, malah untuk rekod, itu merupakan kali pertama mereka tewas sejak 2014 sekali gus menamatkan kemarau kemenangan 11 tahun negara.

"Kami memang tidak menjangkakan kami (Vietnam) tewas kepada Malaysia dengan jumlah gol sebegini. Dalam bola sepak, ia sentiasa tidak bergerak seperti apa yang kami inginkan.

 


"Malaysia lebih kuat daripada sebelum ini dan kami juga sudah jangka persemabahan mereka akan lebih baik daripada sebelum ini.

"Mereka ramai pemain dari luar negara. Itu fakta kami perlu terima." katanya.

Jaringan kem negara hadir menerusi Joao Figueiredo dalam separuh masa pertama sebelum Rodrigo Holgado menggandakan gol kedua negara. Malah, gol ketiga dan keempat negara hadir melalui Corbin Ong dan Dion Cools.

Advertisement

Must Watch Video