Penyerang kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta, akan memperkuatkan jentera serangan pasukan Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) bagi kempen Liga Super 2025/26, dengan dia turut teruja dengan pemain-pemain bintang dalam Liga Malaysia yang menarik minatnya.
Ramadhan juga bakal menjadi rakan sepasukan bekas pemain kebangsaan, Syafiq Ahmad, yang turut menjadi taruhan pendatang baru dalam saingan liga kali ini.
Untuk rekod, bekas penyerang Persis Solo berusia 23 tahun itu telah membuat 90 penampilan dalam karier bola sepaknya dan telah menjaringkan 27 gol dan lima bantuan jaringan.
Malah, Ramadhan juga telah mengumpul 13 kaps bersama skuad senior Indonesia dan telah menjaringkan lima gol termasuk jaringan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 ketika menewaskan Vietnam 3-0.
"Dorongan saya untuk datang ke sini sebab saya tahu tentangan yang tinggi antara kelab-kelab yang ada di Liga Malaysia.
"Mereka ada kualiti, dan teknik permainan yang bagus, tambahan pula umur saya masih muda dan saya harus punya kepercayaan diri untuk keluar daripada negara sendiri (Indonesia) dan cuba nasib di Liga Malaysia.
"Saya ingin cuba sesuatu yang baharu di sini dan sebagai penyerang, saya nak bantu kelab ini (DPMM FC) dengan lebih baik.
"Saya tak sabar juga nak jumpa bekas gandingan saya, Moussa (Sidibe) yang sekarang di JDT dan saya tahu juga pemain seperti Arif (Aiman) yang sentiasa disebut-sebut, dan banyak lagi pemain yang bagus-bagus di sini." katanya kepada Malaysia Football League (MFL).

Penyerang baharu DPMM FC, Ramadhan Sananta menyifatkan pemain-pemain bintang yang ada di Liga Malaysia menarik minatnya untuk sertai kelab daripada Brunei Darussalam musim ini.#LigaSuper2025-26 #DemiLigaKita #LigaMalaysia
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 16, 2025