Legenda Brazil, Ronaldo, tidak faham mengapa perlu ada perbandingan di antaranya dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, yang merupakan pemain yang disukainya.
Mbappe, 20, menikmati musim gemilang dalam Ligue 1 dengan menjaringkan 33 gol daripada 29 perlawanan buat pasukan juara itu.
Pemain kebangsaan Perancis berkenaan merupakan bintang yang tidak dapat disangkal lagi ketika PSG mempertahankan kejuaraan selain turut dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.
Sepanjang kariernya yang sedang berkembang itu, Mbappe kerap dibandingkan dengan bekas penyerang kebangsaan Brazil, Barca, Madrid dan Inter Milan, Ronaldo memandangkan dia memiliki kombinasi rentak, kemahiran dan penyudah yang hampir sama dengan legenda itu.
Ditanya Marca sama ada dia bersetuju dengan sesetengah pihak yang dapat melihat Ronaldo di dalam diri Mbappe, legenda Brazil itu menjawab: "Ya, saya setuju. Saya sukakan dia.
"Dia laju, boleh melakukan penyudah dan hanya berusia 20 tahun.
"Kita sudah mendengar tentangnya sepanjang tiga tahun ini kerana dia memang berbakat.
"Saya tidak tahu bagaimana pemain dinilai berdasarkan apa yang mampu dilakukan, namun siapakah saya untuk bercakap?
"Mereka membayar harga yang tinggi untuk saya dan (Zinedine) Zidane. Ia normal dalam evolusi bola sepak," katanya.
Jika Mbappe berpindah ke Madrid, dia akan bergandingan dengan sorang lagi pemain muda terbaik dunia, Vinicius Junior.
Pemain senegara dengan Ronaldo itu melalui musim pertamanya dengan cemerlang menerusi beberapa aksi menyerlah buat Madrid, yang menamatkan LaLiga di tempat ketiga dan tersingkir di tangan Ajax dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.
"Tidak, saya pernah melihatnya ketika di Flamengo," kata Ronaldo ketika ditanya sama ada dia sudah menjangkakan prestasi yang dipamerkan Vinicius.
"Dia mempunyai kualiti dan kerana itu Madrid sanggup membayar €40 juta (RM187 juta). Ketika mereka membawanya masuk ke dalam pasukan, mereka sudah nampak perkara itu.
"Dia masih belum terbentuk sepenuhnya, namun dia berusia 18 tahun dan waktunya akan tiba.
"Dia pemain yang luar biasa dan akan mendatangkan keseronokan," tambahnya.