PIALA MALAYSIA
Saya rasa bertuah berada di stadium, tahniah JDT -- Lee Chong Wei
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengucapkan tahniah buat Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas dinobatkan juara Piala Malaysia 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Dia yang turut merupakan duta sukan Johor hadir di venue bagi menyaksikan aksi mendebarkan Ketika JDT menewaskan Sri Pahang 2-1 hasi jaringan Bergson Da Silva dan Arif Aiman Hanapi.
Untuk rekod, bekas juara dunia dalam sukan badminton itu diangkat sebagai Duta Sukan Johor sebaris dengan bekas juara Piala Dunia Ragbi dua kali, Sonny Bill Williams, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ), sebelum ini.
Iklan
"Syabas Johor Darul Ta'zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia!
"Saya rasa sangat bertuah dapat berada di stadium semalam, bersama ribuan penyokong, menyaksikan satu perlawanan yang sungguh luar biasa.
"Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa amat bangga dengan pencapaian JDT yang mengharumkan nama negara.
Teruskan membawa inspirasi kepada semua. Tahniah sekali lagi, JDT!
"Tahniah juga Sri Pahang yang mempamerkan aksi yg kental dan semangat. Memang worthy opponent.
Must-Watch Video