Kita semua serumpun. Semangat kesukanan demi melihat negera jiran berjaya merealisasikan impian ke Piala Dunia 2026.
Itulah harapan besar daripada legenda Harimau Malaya, Safee Sali, yang menyokong usaha Indonesia mara ke peringkat akhir secara merit kejohanan berprestij itu menjelang pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia, Oktober depan.
Meskipun Malaysia dan Indonesia merupakan seteru dan musuh tradisi bola sepak Asia Tenggara (ASEAN), namun pemain kekal bersaudara dalam dan di luar padang.
Bekas penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bukanlah individu asing, malah pernah mewarnai kancah liga Indonesia menyaksikan penghijrahannya dari Selangor berkelana ke Pelita Jaya, Pelita Bandung dan Arema.
"Saya pernah mengalahkan Indonesia.
"Tapi sekarang saya dukung Indonesia untuk lolos ke Piala Dunia," katanya ketika bertemu pempengaruh TikTok terkenal, RobbyMaulids di Old Trafford, Manchester United.
Skuad kendalian Patrick Kluivert diundi dalam Kumpulan B bersama Arab Saudi dan Iraq.
Sebagai rekod, Indonesia terikat 1-1 dengan Arab Saudi dalam aksi pusingan ketiga kelayakan di Riyadh pada 6 September tahun lalu sebelum menewaskan lawan itu 2-0 di Jakarta pada 19 November 2024.
Juara setiap kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan utama di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dari 11 Jun hingga 19 julai 2026.
Naib juara setiap kumpulan pula akan bertemu sesama sendiri dalam pusingan kelayakan kelima pada November depan untuk layak ke playoff antara benua.

@robbymaulids Kata-kata dari abang @Safee Sali 10 Respect! ??? Thankyou @eFootball™️公式 ? ??❤️?? #eFootball #eFootballUnitedTour #yukefootball #jomefootball ♬ suara asli - robbymaulids