UCL
Saya manusia paling bertuah -- Eriksen
Christian Eriksen berpandangan bahawa dirinya "manusia paling bertuah di dunia" selepas Tottenham melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) selepas kesilapannya tidak dihukum ihsan daripada keputusan sistem video bantuan pengadil (VAR).
Tottenham tewas 4-3 kepada juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, awal pagi tadi tetapi tetap melangkah ke separuh akhir menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan kerana terikat 4-4 secara agregat.
City berasakan mereka telah melepasi suku akhir hasil jaringan Raheem Sterling dalam masa tambahan selepas kesilapan Eriksen yang hilang kawalan bola tetapi jaringan tersebut dibatalkan kerana Sergio Aguero berada dalam kedudukan ofsaid.
Iklan
Bintang Tottenham, Eriksen – yang bakal berdepan bekas kelabnya, Ajax dalam separuh akhir -- memberitahu BT Sport: "Saya mungkin manusia paling bertuah di dunia malam ini.
"Saya berasakan segalanya sudah beraksi tetapi ia merupakan perlawanan yang menghiburkan.
"Kami akan berdepan Ajax selepas ini di Arena Johan Cruijff sekali lagi."
Pemain-pemain Spurs kelihatan pasrah selepas Sterling meledak gol pada penghujung permainan sebelum ia dibatalkan VAR.
"Kebiasaannya anda hanya mahu keputusan ditarik balik kerana ofsaid atau kekasaran yang dilakukan. Semua pemain Spurs kelihatan tidak bermaya selepas Sterling menjaringkan gol," kata pertahanan Tottenham, Jan Vertonghen.
"Bagaimanapun, VAR telah menyelamatkan kami dan Spurs mara ke separuh akhir."
Must-Watch Video