Skip to main content

Bola Sepak

Saya mahukan suasana Celtic di City – Guardiola

guardiola-warns-against-complacency.jpg
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui dia mahukan suasana di Stadium Etihad lebih bermirip kepada Celtic selepas pasukannya seri 3-3 dalam Liga Juara-Juara di Glasgow.

City bangkit daripada ketinggalan sebanyak tiga kali untuk seri dengan pasukan kendalian Brendan Rodgers di stadium yang penuh sesak dengan suasana seperti di dalam sebuah kawah besar di Celtic Park.

Jurulatih berbangsa Sepanyol itu mengimbau sejarah panjang Celtic dalam saingan peringkat Eropah selepas kelab Scotland itu menamatkan rekod 100 peratusnya selaku pengendali City.

“Setiap kelab mempunyai personalitinya sendiri,” beliau memberitahu wartawan selepas perlawanan. “Apa yang saya mahukan di Manchester City ialah apa yang mereka ada.

“Setiap kelab mempunyai sejarah, personaliti, cara ia menangani keadaan serta sokongan. Saya gembira dengan apa yang kami ada. Celtic mempunyai sejarah besar di Eropah dan kami di sini untuk membina sejarah kami sendiri.”

Gol-gol Fernandinho, Raheem Sterling dan Nolito membolehkan City mengikat kedudukan selepas jaringan berganda Moussa Dembele dan gol sendiri Sterling memberikan Celtic pendahuluan dan Guardiola mengasingkan Dembele untuk menerima pujiannya.

“Ada kalanya anda bermula dengan ketinggalan. Ia tidak mudah untuk bangkit kembali, jadi bayangkan dua gol, bayangkan tiga.

“Mereka pasukan kuat, Dembele gagah di udara. Dalam separuh masa pertama, mereka memenangi semua bola kedua dan kami ada masalah untuk mengawal itu.
"Ia satu kejutan mental apabila anda bolos satu gol.”

Guardiola menambah: “Eropah adalah istimewa, pasukan-pasukannya sangat kuat dan suasana ini menakjubkan tapi ia adalah pengajaran baik untuk masa depan.” 

Di sebalik keputusan itu menamatkan rentetan kemenangan Guardiola dalam setiap perlawanan di bawah kendaliannya di Manchester City, dia enggan mengkritik pemain-pemainnya.

“Saya tidak bercakap mengenai rekod ini dengan pemain-pemain saya. Saya tidak fikir ia perlu untuk bercakap dengan mereka – saya tidak fikir mereka ingatkan mereka boleh memenangi setiap perlawanan musim ini, ia mustahil.

"Tetapi mereka telah melakukan dengan benar-benar baik. Dalam peluang-peluang dan mengawal permainan, kami lebih baik.

"Apabila anda bolos tiga gol di tempat lawan, ada perkara-perkara yang anda boleh perbaiki."

Advertisement

Must Watch Video