"Saya mahu selamatkan Felda United," kata pemain tengah The Fighters, Danial Amier Norhisham, sebaik pulih daripada kecederaan.
Pemain yang lebih mesra disapa Boy itu kembali beraksi ketika pasukannya menewaskan Kedah 3-2 dalam separuh akhir kedua Piala FA, minggu lalu -- Kedah layak menerusi gol di laman lawan selepas agregat terikat 3-3.
Ia merupakan penampilan pertamanya selepas berehat lebih tiga bulan gara-gara kecederaan metatarsal.
"Alhamdulillah, saya beryukur sangat-sangat sebab tiga bulan itu tempoh yang amat panjang.
"Ia amat sukar bagi saya kerana kerap dilanda kecederaan seperti itu.
"Saya menganggap ia sebagai satu cabaran dalam karier saya," katanya.
Tambahnya, kepulangannya itu akan dimanfaatkan untuk membantu pasukannya kekal dalam Liga Super serta layak ke saingan Piala Malaysia.
"Sasaran saya adalah untuk membantu pasukan kekal dalam Liga Super dan dapat bermain dalam Piala Malaysia.
"Selain itu, saya mahu membantu skuad negara dalam Sukan SEA (Filipina) kerana jurulatih telah mengarahkan saya untuk bersedia menghadapi saingan itu.
"Saya harap dapat cergas sepenuhnya dan memberikan yang terbaik buat pasukan kebangsaan," tambahnya.