Skip to main content

Bola Sepak

'Saya mahu cari punca' -- Conte bingung Spurs hilang sengat

conte_rwv7rgbb6f5s15ddloga0339l.jpg
Jurulatih Tottenham, Antonio Conte, berasa bingung dengan prestasi pasukannya dalam kekalahan 1-0 semalam kepada Brighton and Hove Albion, ketika dia bergelut untuk menduga apa yang berlaku.

Spurs menuju ke hujung minggu dengan empat kemenangan berturut-turut Liga Perdana, rekod cemerlang yang menyaksikan mereka menjaringkan 14 kali dan hanya bolos dua kali.

Persembahan mereka semalam cukup berbeza, kerana Spurs gagal mendapatkan satu percubaan tepat mengenai sasaran buat kali pertama dalam 21 perlawanan liga, dan ia memberi tamparan hebat kepada mereka dalam persaingan merebut kelompok empat teratas.

Mereka kekal tiga mata di hadapan Arsenal di tangga keenam, selepas The Gunners tewas kepada Southampton.

Conte bercakap kepada BT Sport: "Kami bermula dengan sangat perlahan dan dalam perlawanan seperti ini anda perlu menggerakkan bola dengan lebih cepat. Mungkin cuaca? Saya mahu mencari alasan, tetapi ia bukan permainan yang baik untuk kami."

Leandro Trossard mendapat gol penentu lewat dengan penyudah yang kemas, dan kegagalan Spurs untuk sekurang-kurangnya meraih satu mata adalah satu lagi punca kegusaran bagi Conte.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas perlawanannya, Conte menambah: "Sudah pasti bukan keputusan yang baik untuk kami. Pengajaran yang boleh kami pelajari ialah terdapat perlawanan yang jika anda tidak dapat menang anda tidak perlu kalah.

"Ia adalah sangat jelas bahawa ia bukan hari kami. Adalah penting untuk mendapatkan tiga mata sebelum saingan kami dalam perlumbaan untuk Liga Juara-Juara tetapi perlawanan itu sangat sukar.

"Ia adalah permainan taktikal untuk kedua-dua pasukan dan Brighton sangat baik dalam menutup ruang. Saya fikir kami mampu melakukan lebih baik daripadanya.

"Mungkin keputusan seri lebih adil tetapi Brighton bermain dengan baik. Jika anda menang menentang Arsenal dan Tottenham di tempat lawan, anda tahu ia perlawanan yang bagus."

Advertisement

Must Watch Video