Jose Mourinho mengingatkan media bahawa dia telah memenangi lebih banyak gelaran Liga Perdana berbanding gabungan 19 pengurus lain apabila dia menuntut penghormatan dalam sidang media panas setelah kekalahan 0-3 Manchester United kepada Tottenham, awal hari ini.
Ia adalah kekalahan terbesar yang dialami Mourinho di laman sendiri dalam sebarang pertandingan, dengan Tottenham melancarkan serangan awal sebelum akhirnya berhak meraih kemenangan hasil sepasang gol Lucas Moura dan tandukan tajam daripada Harry Kane.
Kekalahan nyata menambahkan tekanan ke atas Mourinho, yang sudah bermasalah beberapa minggu selepas jendela perpindahan mengecewakan dan permulaan sukar musim ini, termasuk tewas 3-2 di Brighton and Hove Albion.
Dan apabila seorang wartawan menyerlahkan fakta bahawa ramai peminat United meninggalkan stadium lebih awal dalam babak kedua, Mourinho terperangkap.
"Kami tewas musim lalu di sini menentang Sevilla (dalam Liga Juara-Juara) dan diejek kerana kami berhak, kerana kami tidak bagus, kerana kami tidak cukup berbahaya, kerana Sevilla layak memenangi perlawanan itu," katanya.
"Kami diejek dan layak mendapatnya. Dan hari ini para pemain meninggalkan padang selepas kalah di laman sendiri dan dipuji kerana mereka berhak. Jadi, kamu terus mencuba dan mencuba dan mencuba dan terus mencuba, terus mencuba.
"Hanya untuk tamatkannya. Kamu tahu apa keputusannya? 3-0. Adakah kamu tahu apa maksudnya? 3-0, tetapi juga bermakna tiga kejuaraan dan saya memenangi lebih banyak kejuaraan berbanding gabungan 19 pengurus lain.
"Tiga untuk saya, dua untuk mereka. Hormatilah. Hormat, hormat."
Jurulatih Portugis itu berjalan keluar dari bilik sambil terus mengulang perkataan "hormat".