Skip to main content

Bola Sepak

Saya jangka lebih banyak masa beraksi selepas kembali ke Real

7517morata.jpg
Alvaro Morata berkata dia menjangkakan lebih banyak masa beraksi selepas kembali ke Real Madrid setelah masa depannya sekali lagi menjadi topik perbualan utama.

Morata kembali Santiago Bernabeu dari Juventus selepas Real membelinya semula sebelum bermulanya musim 2016-17 tetapi pemain kebangsaan Sepanyol itu gagal mendapatkan tempat secara tetap.

Pemain berusia 24 tahun itu memulakan saingan ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas Granada, menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama.

Berjaya mencetak 15 gol buat musim ini, Morata menjangkakan lebih banyak masa beraksi musim ini.

"Adakah saya jangka untuk beraksi lebih lagi? Ya, tetapi saya sentiasa bersedia ketika jurulatih memerlukan saya dan ia merupakan perkara yang penting," kata Morata.

"Saya mahu beraksi dengan baik setiap kali diturunkan dan mahu menjaringkan banyak gol.

"Saya tidak mahu memikirkan mengenai kejayaan peribadi saya, saya mahu memenangi gelaran LaLiga dan Liga Juara-Juara (UCL) sama seperti pemain-pemain lain."

Dua jaringan Morata membantu Real untuk terus mengejar pendahulu LaLiga, Barcelona, tetapi masih memiliki kelebihan satu perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video