BOLA SEPAK MSIA
'Saya hormat Santokh Singh, tapi sekarang bola sepak sudah berubah'
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Yusoff Mahadi, berasakan arena bola sepak negara perlu mengikuti perkembangan semasa bagi terus mengorak langkah ke arah kemajuan.
Dia menjelaskan perkara itu susulan menjawab kritikan daripada legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh, sebelum ini yang melontarkan kritikan bahawa revolusi Harimau Malaya bagaikan tiada identiti.
"Saya hormat Santokh Singh sebagai lagenda negara dan sudah tentu beliau memiliki pandangan tersendiri sebagai orang lama.
Iklan
"Pada saya, kenangan lama masih bersamanya jadi beliau berkata atas faktor masa dahulu.
"Tetapi masa sekarang ini, bola sepak sudah berubah, kalau kita tidak ikut perubahan ini, saya fikir kita bukan makin maju tapi kita makin mundur.
"Inilah revolusi bola sepak, jika kita mahu kekal bersaing kita perlu lakukan dan mengikuti perubahan." katanya kepada MakanBola.
Terdahulu, Santokh menyelar kebergantungan terhadap pemain naturalisasi dan warisan yang beraksi di luar negara sehingga mengetepikan bakat tempatan.
"Apa yang saya mahu katakan, FAM kini Persatuan Bolasepak Mat Salleh.
"Kenapa hanya Mat Salleh di sana? Anda katakan kepada saya apa yang sedang berlaku kepada jurulatih tempatan?
"Di mana jurulatih tempatan kita? Semuanya tersorok kerana anda hanya memberikan mereka peranan sebagai pengarah teknikal, jadi apa yang boleh mereka lakukan?" ujarnya.
Must-Watch Video