Skip to main content

Bola Sepak

Saya gembira dengan pilihan sedia ada -- Spalletti tidak terdesak buru Modric

modric.jpg
Luciano Spalletti tidak berputus asa dalam pemburuan bintang Real Madrid, Luka Modric, namun menegaskan beliau sangat gembira dengan skuad semasa di Inter Milan. 

Selepas mengharungi Piala Dunia Russia yang menyaksikan kekalahan Croatia kepada Perancis dalam perlawanan akhir, pemenang Bola Emas itu menjadi topik spekulasi yang mengejutkan dengan Inter dilaporkan sedia mengambil langkah untuk membawanya ke San Siro.

Inter tidak berahsia dengan minat mereka itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan beberapa laporan mencadangkan Modric bersedia mendengar tawaran daripada pasukan Serie A tersebut. 

Madrid berulang kali menegaskan bahawa Modric tidak akan berhijrah melainkan jika seseorang membayar klausa pelepasannya yang bernilai €750 juta (RM3.4b) dan Spalletti seperti akur dengan kegagalan memburunya. 

"Anda perlu bertanyakan kepada pengarah sukan mengenai perkara itu," kata Spalletti -- yang menandatangani kontrak baru semalam -- kepada Sky Sport Italia.

"Saya tidak akan mengatakan apa-apa lagi mengenai pasaran perpindahan. Saya sangat gembira dengan apa yang saya ada di dalam skuad ini. Pemain-pemain ini adalah yang saya mahukan.

"Saya berada di bilik persalinan bersama-sama pemain yang akan saya pilih walaupun untuk permainan komputer sekalipun."

Advertisement

Must Watch Video