Skip to main content

Bola Sepak

Saya ditugaskan awasi pergerakan Sanchez -- Tuanzebe

9517tuanzebe-and-sanchez.jpg
Pertahanan Manchester United, Axel Tuanzebe, berasakan dia telah melakukan tugas yang diberikan oleh Jose Mourinho dengan baik dalam penampilannya sulungnya -- mengawal pergerakan bintang Arsenal, Alexis Sanchez.

Tuanzebe, yang beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan Piala FA, diturunkan di dalam kesebelasan utama dalam pertemuan di Stadium Emirates, kelmarin dan diberikan tugas untuk mengawasi pergerakan Sanchez.

Pemain berusia 19 tahun itu cuba menggunakan peluang tersebut dengan sebaik mungkin, namun tewas 2-0 dalam aksi pertamanya dan berharap untuk menerima peranan yang lebih besar untuk musim hadapan.

"Pengurus pasukan memberikan satu tugas -- awasi pergerakan Sanchez dan saya melihat saya berjaya melakukan tugas tersebut dengan baik," katanya.

"Tetapi kami tidak menang, jadi segala-galanya seperti tiada makna.

"Ia merupakan peluang yang baik untuk saya beraksi -- pengurus pasukan memberikan saya tugas dan saya perlu mempamerkan kualiti saya yang sebenar.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Mourinho yang memberikan saya peluang untuk beraksi.

"Sasaran saya adalah cuba untuk mendapatkan masa beraksi sebanyak mungkin sehingga penghujung musim ini, ia akan membantu peningkatan dalam prestasi saya."
 

Advertisement

Must Watch Video