Skip to main content

Bola Sepak

Saya dapat lihat 'kelaparan' Harimau Malaya -- Penjaga gol warisan Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

filip.jpg
Penjaga gol Vietnam, Filip Nguyen, terpaksa akur dengan corak permainan agresif yang dipamerkan Malaysia ketika menyaksikan pasukan tewas 0-4 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Pemain berdarah Vietnam-Republik Czech itu seakan tidak percaya melihat penyerang negara iaitu gandingan trio Rodrigo Holgado-Joao figueiredo-Arif Aiman Hanapi masih giat mengasak kubu pertahanannya meskipun pada minit akhir perlawanan.

"Malaysia merupakan sebuah pasukan yang bagus, mereka beraksi dengan begitu baik.


 


"Saya dapat melihat kelaparan di mata mereka terutamanya dalam kalangan pemain baharu.

"Penyerang Malaysia masih berlari pada minit ke-88 untuk menekan pertahanan kami. Jadi, pasukan Malaysia sangat tinggi dan hasilnya keputusannya 4-0." katanya ketika ditemui selepas perlawanan.



 


 

Advertisement

Must Watch Video