Skip to main content

Bola Sepak

Saul terkejut Courtois pilih Real

thibautcourtois.jpg
Perpindahan Thibaut Courtois ke Real Madrid merupakan satu kejutan buat pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez.

Courtois meninggalkan Chelsea ke Santiago Bernabeu dengan perpindahan bernilai EUR35 juta (RM168 juta) yang membuka mata beberapa pihak di ibu negara Sepanyol itu.

Kesetiaan pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini terletak kepada Atletico, di mana Courtois memenangi LaLiga, Copa del Rey, Liga Europa dan Piala Super UEFA ketika dipinjamkan Chelsea selama tiga musim, yang berakhir sebelum Saul menjadi pilihan dalam kesebelasan utama.

Menjelang El Derbi pertama Courtois bersama Real, Saul mengakui terkejut dengan perpindahan pemain kebangsaan Belgium itu.

"Saya agak terkejut dia menyertai Los Blancos, saya tidak menjangka ia berlaku," kata Saul.

"Kami akan menganggap dia mahu bersama keluarga dan penyokong Atletico perlu memahaminya.

"Saya mengetahui dia telah banyak menyumbang kepada Atletico."

Saul memberikan pujian kepada pengganti Courtois, Jan Oblak, yang turut berhak bersaing dalam perebutan Kesebelasan Terbaik Dunia (FIFPRO World 11) atau Penjaga gol Terbaik FIFA tahun ini.

Antoine Griezmann turut terlepas pandang bagi anugerah Pemain Terbaik FIFA tetapi Saul percaya pemenang Piala Dunia itu semakin hampir pada tahap seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Mereka adalah pemain yang berkualiti dan kadang-kala kami terlalu bergantung kepadanya.

"Griezmann telah lama berusaha, persembahan semakin baik dan meningkat naik.

"Saya terkejut Griezmann tidak tersenarai dalam persaingan anugerah FIFA, sama seperti Oblak.

"Buat masa ini, Oblak berada di tahap berbeza."
 

Advertisement

Must Watch Video