Al-Hilal gagal manfaatkan peluang kelebihan beraksi di laman sendiri untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga AL-Ittihad apabila sekadar berkongsi satu mata selepas seri 2-2 dengan Al-Shabab.
Pada pertembungan itu, Al Shabab terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan apabila rembatan kencang Daniel Podence, daripada luar kotak penalti pada minit ketujuh permainan tepat menerjah jaring tuan rumah.
Tersentak dengan jaringan awal itu, Al-Hilal, kembali mengatur gerak menyaksikan Sergej Milinkovic Savic, menyamakan kedudukan pada minit ke-31. Kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat aksi pertama.
Masuk babak kedua, baru seminit permainan AL Hilal melebarkan kedudukan menjadi 2-1 menerusi Salem Al -Dawsari.
Ketika Al-Hilal, baru saja menarik nafas lega berada di depan, Mohammed AL Shwirekh muncul watak pemusnah dengan menyamakan kedudukan buat AL Shabab.
Tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan selepas itu sekali gus menyaksikan kedudukan 2-2 kekal hingga masa penuh perlawanan.